Assalamualaikum wbt... Hai semua.. sihat ke? Alhamdulillah, kita dah semakin dekat dengan bulan yang mulia, bulan untuk umat Muhammad SAW, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga bulan Ramadhan kali ini menjadi turning point untuk kita jadi yang lebih baik, in shaa Allah..
Lately ni, aku selalu rasa hati aku sedih, hati aku gelisah, rasa tak tentu arah, serba tak kena. I have people around me, tapi aku still rasa sunyi. Aku ketawa, tapi ketawa aku tu tak melambangkan bahagia pun sebenarnya. Persoalannya, aku kenapa?
Semua orang mesti pernah rasa macam tu kan? Ada satu ketika, yang hati kita resah, gelisah, risau, takut dan sebagainya. Rasa-rasa tu lah yang kadang-kadang buat kita lagi suka bermenung, berdiam diri, kurungkan diri, dan yang paling teruk sekali, duduk saja-saja tak buat apa, hanya mengenangkan kemana perginya bahagia yang pernah kita rasa tu.
Mungkin ni disebabkan faktor kerja yang banyak, kejar due date. Mungkin. Mungkin kerana risaukan pelajaran, study kita yang kita rasa tak berapa nak perform. Mungkin. Mungkin juga sebab diambang final exam. Mungkin.
Bila aku dah ada dalam situasi tu, terus terang aku cakap, aku tak suka. Aku tak suka diri aku yang diam tiba-tiba, taknak bergaul, tenggalam dalam emosi, selalu dalam rasa takut. Yang paling tepat, aku tak suka bila diri aku tak tenang. Ya. Aku mula sedar, semua ni berlaku, bila ketenangan tu, pergi. Apa yang aku nampak, bahagia tu bukan bila kau ada everything, bila kau ada segala harta dalam dunia ni. Bahagia bermewah-mewah mungkin ada, tapi bahagia tu hanya sekelip mata. Bahagia tu tak hakiki, malah akan pergi. Bahagia tu jugak bukan bila kau ada ramai kawan, tapi kau seolah-olah tenggelam dalam ramainya mereka. Tak guna, bila kau ada ramai peneman di sisi, tapi hati kau takde kat situ. Bahagia, kalau diukur dengan senyuman, dan hilai tawa, huh, berapa ramai yang ketawa tapi hatinya merana? Berapa ramai yang bibir mengukir senyum, tapi semangat jiwa makin merundum?
Lama kelamaan, aku mula faham. Bahagia tu, hanya dan hanya jika, kau peroleh tenang. Kau mewah dan kau tenang, kau bahagia. Kau ada ramai kawan, kau tenang, kau bahagia. Kau risau dengan exam, submission dan sebagainya, kau tenang, kau bahagia. Bahagia tu, adalah ketenangan. Ketenangan hati yang menjemput kebahagiaan sehingga kau berasa seolah-olah kehidupan kau mudah, sampai kau senang-senang je tersenyum. Kau terluka, kau cepat sembuh. Kau dalam susah, kau tak gusar. Sebab kau tenang.
Dan hati yang tenang, hanya dan hanya jika, apabila empunya hati itu, mengingati Yang Memberi Ketenangan, Allah. Hati yang tenang, bila kau ingat, yang Allah ada dalam setiap tujuan hidup kau, yang Allah ada dalam setiap perbuatan kau, yang Allah ada dalam setiap percaturan keputusan kau. Sebab bila kita sentiasa ingat Allah, kita jadi takut untuk ingkar perintah Dia. Kita jadi suka untuk ikut suruhan Dia. Sebab kita nak Dia sayang kita, kita nak Dia sentiasa pandang kita, kita nak Dia juga ingat kat kita. Mungkin ini rasanya, bila bercinta kan? Dan lagi indah, jika kita mencintai, Yang Memiliki Segala Kecintaan di alam ni.

No comments:
Post a Comment