tapi dalam mengantuk-mengantuk tu, sempat pulak nak update new entry kan, sneak peak ke tu?? Boleh lah huhu (sendiri tanya sendiri jawab, siapa selalu macam ni?) Okay, untuk this time punya post, aku nak review sikit pasal web series produced by Ustaz Adnin Roslan, penulis buku Tarbiyah Sentap tu. basically, cerita ni memang berkait lah dengan apa yang beliau dah tulis, cuma kalini beliau nak jadikan lebih menarik and lebih sampai pada penonton, so beliau pun produce la web series ni (web series=drama pendek online, kut)
Cerita ni mengisahkan Aariz dan Aalia, dua ketua usrah yang akhirnya bercinta sesama sendiri. Ala mcm ketua badar korang zaman sekolah dulu. Awalnya, Aariz and Aalia ni contact atas dasar kerja je. Aalia ni kira nak mintak tolong Aariz ni carikan sponsor, sebab member dia kata Aariz ni pernah tolong dapat dorang sponsor yang besar-besar and banyak. End up, lama-lama start contact 24 jam, main mata sampailah ada ikatan hati gitu. Tapi nak dijadikan cerita, relationship diorang berdua ni kantoi macam tu je. Siapa kantoi kan? Aku sendiri pun tak tahu.
And di samping cerita Aariz and Aalia ni, ada juga cerita berkenaan Alif dan Shifwah. Alif ni kawan baik Aariz, roomate pulak tu, macam tu jugak Shifwah, kawan baik Aalia. Alif ni pulak lain karakter dia. Kalau tadi Aariz ketua usrah, beragama, soleh gitu, Alif ni kira anak buah usrah Aariz jugak, tapi kaki ponteng, curi tulang dan sebagainya lah. Dia jugak dok bercinta cintun dengan Shifwah, yang juga anak buah usrah Aalia, tapi sibuk dengan media social dia setiap kali usrah.
sampai satu masa, Alif ni dijangkiti satu penyakit, yang buat dia rasa nak berubah. Shifwah pun ada terdetik rasa nak hijrah. Lalu dua-dua ni start menyesali perbuatan dosa mereka, mula baca Al-Quran, rajin solat dan sebagainya. Alif ni pun sampai buang rokok dia tau. dan mereka berdua ni, memang sangat berharap kawan mereka, Aariz and Aalia dapat tolong, tapi sebaliknya yang jadi. Hubungan mereka renggang disebabkan salah faham hanya kerana cinta.
Kalau korang tengok episod 3, memang sedih weh. Episod 3 banyak cerita pasal Alif dan Shifwah yang cari jalan pulang, berharap dengan bantuan kawan-kawan baik dia, tapi sebaliknya yang jadi. tersentuh jugak la hati aku masa tengok episod tu haritu. tak pernah aku countdown tengok cerita kat Youtube, siap set reminder pulak tu.
Apa yang aku boleh katakan, cerita ni memang berkait rapat dengan remaja zaman kini. Lagi-lagi remaja Islam yang belajar pasal Islam dan mengamalkan cara-cara hidup Islam, tapi hanyut dek kerana kekaburan cinta. Macam yang pernah heboh zaman sekolah dulu la, ketua badar dok nasihat jangan bercinta, last-last sekali dengan dia-dia dok hanyut. Suntikan syaitan ni, halus. Lagi-lagi untuk orang-orang yg ada background agama, lagi lah halus.
Cerita ni juga berkait rapat dengan remaja-remaja yang cuba nak berhijrah, tapi diuji pula dengan orang-orang sekeliling. Nak dikatakan, bilamana kita cuba nak cari jalan yang lurus tu pun, Allah uji dulu, nak tengok kita ni berubah sebab apa. Kalau berubah sebab manusia, lemahlah kita. Tapi kalau berubah sebab Allah, in shaa Allah jadi kuat. Datanglah seribu badai pun, takkan jatuh. Tak gitu?
By the way cerita ni tinggal lagi satu episod je. Episod 4. tak keluar lagi pun. But if korang nak tengok, search je dekat Youtube 'Titisan Suci', nanti keluarlah tu :))
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Happy watching!

No comments:
Post a Comment