Monday, April 15, 2019

Don't have something nice to say? Then, shut up!

Assalamualaikum and hai! Bersempena esok dah hari Isnin, let's keep in our mind to just keep silent if there's nothing nice to say!

Sejak kebelakangan ni kan banyak sangat news yang kita dengar berkenaan dengan mulut busuk netizen dan orang sekeliling. tak kisah lah bad mouthing ke, face shaming ke body shaming ke semua benda tu benda-benda yang tak patut pun keluar daripada mulut kita. benda kalau tak effect orang sekeliling takpe, ni boleh jadi gaduh, depresi, siap boleh sebabkan someone tu bunuh diri tau! Ha nampak? Sebab organ kita yang kecik ni tak reti nak dijaga, impaknya besar tau dalam hidup orang lain.

Pernah ada sekali tu, dia selalu kena ejek dengan kawan-kawan yang lain. Orang cakap dia mulut itik. Sekali dengan mak dia sekali budak-budak tu ejek. Mak dia tengah pregnant masa tu, diejeknya mak penguin. Sekolah rendah kut tu! Belum campur budak-budak dekat kawasan kejiranan yang dok panggil kawan dia dengan nama tak sepatutnya.

Yang tu kes yang saja-saja. Tak melibatkan emosi. Yang heret sekali emosi ni, lagi parah. Macam-macam perkataan yang keluar, dengan nada suara yang macam tercekik mikrofon, sibuk nak menuding jari pada salah orang lain. Cyberbully, ni lagi berleluasa masalah ni. Kadang-kadang kan, lagi kita sesuka hati guna lidah kita ni, lagi orang taknak respect kita. Lagi orang tak selesa nak berkawan dengan kita.

"Hello, aku ni hati baik mulut je jahat." Hello again, orang yang baik hatinya ni takkan sesekali pun sakitkan hati orang lain dengan lidah awak tau?

Kita ni memang ada hak untuk bersuara, tapi kena jaga juga hak-hak orang lain. Jangan sesekali zalimi lidah kita sendiri. Ada point nak cakap, yes you may. Tapi tak perlu sampai nak aibkan orang lain, nak malukan orang lain, and also nak memaki hamun orang lain. That's not the way okay?

Even nak menegur, nak berdakwah pun ada caranya. Not to mention anyone, tapi berapa ramai yang teguran and nasihat tak diterima dek kata-katanya yang kesat? Sesiapa pun tak boleh nak terima kata-kata yang buruk daripada orang lain, lebih-lebih lagi melibatkan aib dia.

Lidah kita ni, kalau kita dapat tengok berapa banyak dosa yang dia dah buat, Allah, taktahulah dekat mana perlu sorok rasa malu tu. Hati ni memang kita tak nampak apa yang ada dalamnya, tapi pantulan kata-kata tu datang dari hati. Betul tak?


No comments:

Post a Comment