Assalamualaikumm and hi!
It's already 1.27 a.m. and I don't know why I'm here updating my blog yang last update adalah Sept lepas ye dik, sangat berhabuk.
I dont even know that blog pun perlu ada komitmen HAHA. (pls gelak sekali)
Oh btw, harini merupakan hari ke (jap nak kira), hari ke 16 perintah kawalan pergerakan (PKP) or dalam bahasa jawanya Restricted Movement Order (RMO) yg start 18 Mac yang lalu. So, RMO ni adalah langkah untuk flatten the curve sebab dunia mengalami pandemik Covid-19, sejenis virus yang berasal dari kelawar dek kerana pasar haiwan eksotik dekat Wuhan, China sana tu. Kiranya virus datang dari sana la, then merebak ke seluruh dunia melalui close contact. Ajaib bukan?
So, setakat ni, tak silap saya kes semakin meningkat tapi dalam kawalan disebabkan rakyat Malaysia yg berdisiplin mengikut perintah kerajaan ini. Tepuk tangan sikit! #MalaysiaBoleh
Nak dijadikan ceritanya, masa UIA announce cuti, students berpusu-pusu balik. Kecuali aku (and of course beberapa students yg lain contohnya yang stay Sabah Sarawak, international students and so on). Kononnya nak stay sini sebab nak siapkan kerja. So aku decide nak balik lambat sikit. Akan tetapi, sebagai manusia kita hanya mampu merancang je. Ceh. Nak dijadikan ceritanya lagi, kami yang stay UIA ni kena lockdown guys. Orang luar tak boleh masuk, orang dalam tak boleh keluar. Maknanya, kami ni tak dibenarkan balik tsk tsk T-T
Jadi melangut la kami di UIA ni menanti masa untuk pulang. Tiber. Tapi, harapan tinggal harapan, ceh, RMO dilanjutkan. So kami pun kena stay lagi sampai 14 April huhu. After that baru balik but if RMO extend lagi, kami kena balik by batch. Takpelah asalkan dapat balik huhuhu
Tapi takdelah kami ni dibiarkan macamtu je. Alhamdulillah, UIA management berhak dapat pujian. Sepanjang terkandas RMO ni, takpernah la kami berlapar ke, risau duit banyak keluar ke, even duit lagi tak tak berusik adalah. Sebab makanan keperluan semua UIA tanggung. Tinggal nak gi amek je kat kafe sana. Tu kalau merungut gak taktau nak kata apa uhu.
Menu pulak, bukan sendu-sendu, ye walaupun mungkin ada hari-hari yang aku sendu sebab asyik tengok dinding je. Alhamdulillah, makanan semua sedap-sedap. Macam dok hotel dah. Western ade, Arab ade, masakan kampung ada, macam-macam la senang cerita. Nak cerita banyak pun tak boleh, takut lapar je ni (guys pukul 1 pagi ni kalau lapar jawabnya memang kena tidur, so kita takleh lapar kah kah)
Thankyou so much IIUM for this facility. And jom doa supaya antidote untuk wabak ni berjaya ditemui, dan semoga kita dapat menyambut Ramadhan yang bakal tiba sepertimana Ramadhan sebelum-sebelumnya.
(Dan supaya kami dapat pulang ke pangkuan keluarga tsk tsk T-T)
Actually banyak lagi aku nak cerita and now aku macam, asal lah aku tak update dari day-1. Baru boleh cerita kat anak cucu keh keh. Oh takpe sebab aku ada ada jurnal manual uhu (ceh) Aku pun dah mengantuk so sampai di sini saja, byeee muahxoxo

No comments:
Post a Comment